Pages

Friday, 27 July 2012


Rizal adalah murid kesayangan Tuan Saiful(Master of DEC) yang suka belajar, hensem, beriman dan baik orangnya. Pada suatu hari ketika Rizal sedang jalan2 cari pasal, dia melihat sebuah kedai kain terkenal ,JAKEl sedang dikerumuni ramai orang.Maklum la,tengah Megasale..lagi2 dah nak raya nie..Dia mendekati dan melihat pembeli dan AWEK penjual kain sedang berdebat.
Pembeli berteriak: "3x8 = 23, kenapa kamu cakap 24?

Dengan gaya yang macho ala2 Salam Khan,Rizal mendekati pembeli kain dan berkata: "Bro, 3x8 = 24, tidak usah diperdebatkan lagi".

Pembeli kain tidak senang lalu menunjuk jari ke hidung Rizal dan berkata: "Siapa minta pendapat lu? Kalaupun mau minta pendapat mesti minta dengan Tuan Saiful! Benar atau salah Tuan Saiful yang berhak menentukannya!

Rizal: "Baik, jika Tuan Saiful cakap lu salah, bagaimana?"

Pembeli kain: "Kalau Tuan Saiful cakap gua salah, lu potong kepala gua Bro! Lu kasi hantam sini, sini dan sini!( Sambil buat aksi KL Gengster) Kalau lu yang salah, camna?

Rizal:"Kalau gua yang salah, ambil "MYVi Lagi Best" gua!"

Keduanya sepakat untuk bertaruh, lalu pergi mencari Tuan Saiful. Setelah tuan Saiful tahu kedudukan persoalannya, Beliau berkata kepada Rizal sambil tertawa: "3x8 = 23. Rizal, kamu kalah. "MYVI Lagi Best" kamu tu,beri kepada dia.." Sememangnya Rizal tidak akan berdebat dengan gurunya. Apabila mendengar Tuan Saiful berkata yg dia salah, diberikannya kunci kereta kepada pembeli kain.

Orang itu mengambil "MYVI Lagi Best" Rizal dan berlalu dengan puas.Walaupun Rizal menerima penilaian Tuan Saiful tapi hatinya tidak sependapat. Dia merasakan Tuan Saiful sudah tua dan nyanyuk sehingga dia tidak mau lagi belajar darinya. Rizal minta cuti dengan alasan urusan keluarga. Tuan Saiful tahu isi hati Rizal dan memberi cuti padanya. Sebelum berangkat, Rizal menemui Tuan Saiful dan Tuan Saiful memintanya cepat kembali setelah urusannya selesai, dan memberi Rizal dua nasihat : "Bila hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok Dan jangan membunuh."

Rizal menganggukkan kepala tanda bersetuju lalu berangkat pulang dgn motor Hayabusa kepunyaan Bro Hatefeel..

Di dalam perjalanan, tiba2 angin kencang disertai petir, kelihatannya seperti nak turun hujan lebat. Rizal ingin berhenti berlindung di bawah pokok tapi tiba2 teringat nasihat Tuan Saiful dan dalam hati berfikir untuk menuruti kata gurunya sekali lagi. Dia meninggalkan pokok itu. Sebaik sahaja berlalu pergi, petir menyambar dan pokok itu hancur. Rizal terkejut. nasihat yang pertama dari gurunya telah terbukti..

Apakah gua akan membunuh orang?bisik hati kecilnya.. Rizal tiba dirumahnya sudah larut malam dan tidak ingin mengganggu tidur isterinya. Di tolaknya perlahan2 pintu bilik tidurnya. Sesampai didepan katil, dia meraba dan mendapati ada seorang di sisi kiri ranjang dan seorang lagi di sisi kanan. Dia sangat marah, dan mau mengambil pisau di dapur. Tiba2 dia ingat nasihat Tuan Saiful,jangan membunuh. Lalu dia menyalakan lampu bilik dan ternyata yang tidur disamping isterinya adalah adik perempuan isterinya..

Pada keesokan harinya, Rizal kembali menemui Tuan Saiful, berlutut dan berkata: "Sifu, bagaimana Sifu tahu apa yang akan terjadi?"

Tuan Saiful berkata: "Kemarin hari sangatlah panas, diperkirakan akan turun hujan petir, makanya Sifu mengingatkanmu untuk tidak berlindung dibawah pokok. Kamu pergi dengan amarah dan membawa pistol maka sifu mengingatkanmu agar jangan membunuh".

Rizal berkata: "Sifu, perkiraanmu hebat sekali, wa sangatlah kagum."

Tuan Rizal berkata: "Aku tahu kamu minta cuti bukanlah karena urusan keluarga. Kamu tidak ingin belajar lagi dariku. Cubalah kamu fikir. Kemarin Sifu cakap 3x8=23 adalah benar, kamu kalah dan kehilangan ''Myvi Lagi Best". Tapi jikalau sifu cakap 3x8=24 adalah benar, si pembeli kainlah yang kalah dan itu bererti akan hilang 1 nyawa. Menurutmu, ''Myvi Lagi Best" lebih penting atau kehilangan 1 nyawa yang lebih penting?"..

Rizal sedar akan kesalahannya dan berkata : "Sifu mementingkan yang lebih utama, wa malah berpikir sifu sudah tua dan nyanyuk.Sudah x mampu mengajar.. Wa benar2 malu."

Sejak itu, kemanapun Tuan Saiful pergi Rizal selalu mengikutinya.

Moral of the story..

Jangan menang sorak kampung tergadai.

Banyak perkara sebenarnya tidak perlu dipertaruhkan. Undur selangkah, jika yang didapati adalah kebaikan bagi semua orang. Undur tak bererti mundur..mengalah tak bererti kalah..

Kemenangan bukanlah soal medal/pingat tapi sebenarnya adalah kemenangan terhadap diri sendiri dan yang lebih penting kemenangan di dalam hati.

You don' t have to fight or kill to win..Winning isn't everything, it's the only thing...

BE A WINNER OF YOUR INNERSELF
hak milik dan ciptaan my friend fb:bro Yuzaiman Hatefeel..

No comments:

Post a Comment