Pages

Friday, 30 September 2011

..bulan baru..

..rasanya dah lama aku x menulis dekat blog nih..sampai aku lupa pasword nak masuk blog nih..goblog tul la..hahaha..
..bulan september dah berlalu..macam2 hal berlaku..aku rasa macam sibuk jer..sibuk pegi open house..g sini makan..g sana makan..memang malaysia nih kaya dengan makanan lah..yang mati sebab makanan pun ramai..mati sebab kena penyakit..

..selain tu jemputan majlis kahwin rakan2 pun ramai..perghh..sampai x sempat aku nak pegi..ye la..mana boleh boleh pegi semua tempat yang berlainan pada masa n hari yang sama..errmm..kan best kalau ada alat yg boleh jumper..bukan alat yang serupa kabel nak jumper batery kat  kereta member bila bateri kongs 2..ni alat jumper yg bulih pg  tempat lain mcm dalam filem omputih tue..hahaha..apepun x boleh..

..seronok bila tengok rakan2 n sepupu sanding dengan pasangan mereka..semoga bahagia la dierang..amin..
..aku ntah bila la lagi..lemah betul bila kawan2 asik tanya jer ari tue masa rewang kat majlis sepupu..tp rasanya aku banyak rewang air sirap..kek span..kerepek dengan rokok sendiri n tuan rumah aja..hahaha..

..senang jer aku jawab..dierang support..ada calon on aja..hahaha..mudah tul jawapan n kata2 aku nih jawapan nak senangkan aty sendiri..tapi buat masa terdekat blum terpikir lagi..ada benda aku nk capai dulu..dah jadi projek aku..baru pkir nak cari mem pulak..hahah..bulan september macam2 benda gila yang aku buat..tobat aku..biarlah benda tu tersimpan rapi..sebagai kenangan dan  pengajaran kat aku hehehe..harap bulan 10 nih lebih baik dari yang sebelumnya..pertengahan bulan 10 nih aku nk p holiday dengan mak n orang2 kg..yahoo..rombongan cik kiah ke langkawi..hahaha..tunggu..aku update about holiday tue nanti hehehe..bye..aku nak kene nikotin sebatang..baru boleh beradu kat tilam bujang yg dah leper span dier..serupa mcm x pakai tilam jer,,sabor je la..

Wednesday, 24 August 2011

~~..ramadhan..~~

..ermm..sedar x sedar dah 25hari kita semua sambut puasa..tinggal lagi beberapa hari kita nak meninggalkan ramadhan yang mulia..
..rasa sedih..gembira..semua ada..teringat kata-kata ustaz masa tazkirah..semasa 1st aku terawih..
..''alhamdulillah..hari ini kita bertemu kembali dan dapat bersama menunaikan solat terawih dan juga bakal berpuasa pada esok harinya..tetapi mugkin kali ini ada perubahan di mana mugkin ada rakan2 kita,saudara2 kita atau ahli kuarga kita yang telah tiada..tidak dapat menyambut ramadhan bersama-sama kita untuk selamanya..oleh itu sedekah la fatihah dan doa kepada mereka''..
..di saat itu aku terasa mengalir air mata ini kat pipi..aku tahan dari keluar..terasa sebak dan sedih..aku rasa ramadhan kali ni betul2 berbeza..tp dh takdir tuhan..yang hidup pasti mati..bila sampai waktu..tiada siapa yang mampu meghalang kehendak-Nya..
..hanya doa sahaja yang mampu aku kirim semoga arwah ayah tenang di sana..
..lepas tu ustaz tu berpesan..''kita di beri kesempatan untuk melaksanakan ibadah berpuasa di bulan ramdhan..oleh itu..lakukan..dan kerjakanlah seolah-olah ini adalah ramadhan terakhir kita..ibadah di bulan ramadhan tahun ini tidak sama dengan hari esok atau tahun yang akan mendatang''..waktu tu..aku rasa insaf..sebak dan terharu..
..aku takut tidak dapat menemui ramadhan yang akan datang..semoga Allah panjangkan umur ku dan ampunkan dosa2 ku..
..aku harapkan semoga ramadhan kali ini penuh erti..memberi sejuta nikmat dan bahagia..
..insyaAllah..

Friday, 1 July 2011

..KELEBIHAN SURAH YASIN..

..Aku dapat maklumat ni dr page facebook Wujud yg ditulis 0leh salah seorang adminnya yg bernama Apis..sekadar kongsi ilmu..
 
.KELEBIHAN SURAH YASSIN..

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat ...tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

~Apiz~
S
by: Wujud

Sunday, 19 June 2011

~~..Ayah..~~..


19hb.06..pada tarikh ni..kita menyambut hari ayah setiap tahun..
maka kita segera ambik phone,call ayh tanya khabar bg yang dduk jauh dr mereka..
yang tggl dkt,dduk serumah,atau blik kg..kita dpt la belikan hadiah..
bawak mereka pegi bercuti..makan2..n mcm2 lg la..mmng seronok..

Tapi bagi aku dan adik bradik lain,thn ni..dan thn2 yg akn mndtg..
x dpt nak buat itu semua lagi..yang mampu kami bagi adalah bacaan fatihah..surah yassin..
dan doa kepada pada yang Esa supaya rohnya dicucuri rahmat dan di jauhkan dari azab kubur dan neraka..

Pada 02.02.2011..jam 9.30mlm..ayah disahkan pergi utk selama-lamanya d blik ICU hospital segamat..
setelah hampir seminggu di situ n koma akibt demam n jngkitn kuman pd tmpt cuci dialisis nya..
kami redha dgn pemergiannya..kadang kala beliau mengadu x thn lg menangung derita n kesakitn semasa bwt hemodialisis..selain tu,arwah juga menghidap diabetis..
seringkali mengadu sakit akbt dicucuk insulin n jarum masa hemodialisis..berat bdn berkurangan..tubuh bdn arwah ayah dh susut..memng sedih..

Selain itu..waktu ayah meninggal,segamat bnjir..kg x bley lalu...rumah kami tenggelam..bekalan elektrik tiada..memang besar la dugaan kami waktu itu..
Alhamdulillah..jenazah arwah ayah dapat di sempurnakan dan disemadikan di kg dgn mudah..
bantuan dr pihak hosptl..tentera..sedara-mara n pendudk kg amat kami hargai..

Aku terkilan sbb x dpt blik masa dia tgh sehat n gagah bercakap..
2 @ 3 hari sblm beliau tenat,ada tepon aku tny bla blik..
aku rncang mmng nk blik hjng mnggu smpna cuty thn baru cina n nk wat knduri kesyukurn sekali..
dan wktu tu sgmt tgh hjn lbt n nk mula bnjir..nyaris aku x dpt blik..
walaupn msih bnjirn dmam,aku ttp blik..hati x snang..mujur aku sempat tatap wajah akhrnya n berckp dgn
beliau wlpn dia x dpt nk berckp sbb mlutnya pki oksgen..

So..aku nak pesan kat rakan2 smua..jika oarang tua masih ada..rajin2 lah telefon tanya khabar mereka..
kalau ayah @ mak tepon asik tnya,bila nk blik..balik lah klu ada masa..walaupn untuk sekejap..
bukan wang ringgt,or harta korang yg mereka nk,tp perhatian n kasih sayang kita..
doa mereka,restu mereka adalah sumber keberktn kita dlm pekerjaan kita..

Walau mcm mne keadaan mereka..walau kdg2 kata mereka bnyk provok kita smp kdg kta ilang sabar n terkasar bahasa..
tp bkn bermkna mereka benci or maksudkannya..mereka skdr berhibur..nk uji n tgk keasabarn diri kita..
jauh dr dasar hati mereka,mereka syg kta terutamanya ayah kita..senyap bkn beerti benci..tp syg..

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Tapi bukan bermakna kita kene abai dan kurgkn kasih syg kita terhadap ayah..jadi kita haruslah adil dan saksama dalam mengasihi ibu bapa kita..yang penting,kita sentiasa berdoa agar mereka diberkati,dilindungi di dunia dan di akhirat oleh yang Maha Kuasa.. insyaAllah..

Buat almarhum ayahda ku..dan mereka yang tiada lagi ibu @ ayah didunia ini..marilah kita semua sedekah al-fatihah..semoga dicucuri rahmat rohnya di sana..amin.. Al-fatiha..

Friday, 17 June 2011

~~~..aku dan sesuatu...~~~

~~..SEPULUH KALI KITA BUAT KEBAIKAN..SEKALI TERBUAT KESALAHAN..
        TAPI..YANG SEKALI ITULAH YANG AKAN DIINGATI SAMPAI BILA-BILA..adilkah..??~~

Sekali baca..kta rasa biasa..tpi bla kta alaminya..bleh jdi gila..hehehe..
Kawan aku bru jer melalui kes nih..ksian..sampai demam..hati tak tenang..
Aku simpati pada dia..
Tapi benda selalu terjdi dlm kehidupan kita..setiap orang pernah alaminya..

Memang la..kita buat apa2 kebaikan,kerja,pengorbanan..jangan diungkit..baru iklas..
Tapi orang lain nk kene pikir gak perasaan kita kan..
Bukan sengaja kita buat salah..kadang2 kita tak perasaan..

Bukan dah salah kita x bleh ditegur,tp bg aku biarlah berhemah kan..
Kita ada perasaan..maruah..rasa malu..menyesal..
Ni x,marah main hembus aja..Sbab satu kesalahan yang kita terbuat dengan tidak sengaja..
Selama ni kta berhempas pulas,buat kerja bededikasi,berkorban..
Sekali buat silap,semua benda tu hilang..x igt atau buat2 x ingat..??
Rasa macam x dihargai pun ada..
Sedih..marah..sakit hati..semua ada..

Ada kawan aku cakap kat aku,''kalau ko pn msti akn pandang yg SATU tu kan..??"
aku jawab.."yea..tapi jangan lah sampai menyakitkan hatinya..bagi peluang..kita manusia,x lepas dari wat silap''..
yea..kita manusia..x sempurna dan x prnh lepas dr kesilapan..
So..terpulang pada korang untuk memikir n memilih sendiri la..
Kita manusia ada hati dan perasaan..
Ada otak untuk berfikir..So renung2kan lah..

Monday, 13 June 2011

..~~the story begin~~..

..errmm..so friend..dis is my 1st post in my blog.. :)
..aku x tau nak tulis apa kat blog ni..huhuhu
..dh lama aku nk buat blog sendiri ni..tp x der masa..ni pun bertatih-tatih buat blog..
..aku bukan terer sangat hahaha.. malunyaa..T_T ..10Q kak Asmah a.k.a Gadistedong..ats tunjuk ajar n galakan dr akak..
..tujuan aku buat blog nih sbb nak share sesuatu dari aku..
..share pendapat..pandangan..or something dari aku..or dari rakan2 lain la..
..tp x semua la..
..ada benda kita kene simpan sendiri..
..anyway,aku mintak maaf awal2 if aku tulis t ada yang terasa,x puas aty or marah kat aku..dan aku perlukan bantuan dr korang semua dalam penulisan blog nih..
..yang baik kita amalkan..yang buruk kita tinggalkan..

..aku baru belajar..kalau salah,tolong tegur n tunjukkan..arioss.. :)